fbpx

Burger King kecam tindakan pekerjanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang dimuat naik oleh pekerja Burger King.

PETALING JAYA – Pihak Burger King Malaysia mengecam tindakan seorang pekerjanya memuat naik rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang sengaja memalukan tiga wanita Islam kerana tidak berpuasa.

Burger King melalui satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengesahkan dan menyesali tindakan yang dilakukan oleh salah seorang pekerjanya itu.

“Dengan amat kesal kami mengesahkan hantaran di media sosial itu telah dilakukan oleh salah seorang pekerja kami.

“Bagaimanapun, kami mengecam tindakan yang dilakukan itu dan tindakan lanjut bakal dilakukan,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya menghargai dan menghormati privasi pelanggannya dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kejadian seperti itu terus berulang.

Terdahulu, satu klip video telah dimuat naik di TikTok oleh salah seorang pekerja syarikat makanan segera itu beberapa hari yang lalu menyaksikan tiga orang wanita muslim makan di restoran terbabit ketika bulan Ramadan.

Orang ramai turut mengutuk kejadian tersebut dan menyifatkan pekerja terlibat tidak perlu memuat naik klip video dengan niat untuk memalukan pelanggannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI