fbpx

Banduan larikan diri dipercayai telah keluar Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syafiq Rohmat, 32, atau lebih dikenali sebagai Umai kini dinotiskan sebagai individu dikehendaki polis dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan. - IHSAN POLIS

JELEBU – Seorang lagi banduan yang melarikan diri dari Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Jabatan Penjara Malaysia di sini pada 10 April lepas dipercayai telah berada di luar Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, Muhammad Syafiq Rohmat, 32, atau lebih dikenali sebagai Umai kini dinotiskan sebagai individu dikehendaki polis dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Menurutnya, pihaknya turut mendapatkan kerjasama dengan polis kontinjen lain bagi mengesan banduan tersebut.

“Kami masih giat kesan di mana lokasi dia berada ketika ini, berkemungkinan telah melarikan diri dari negeri ini, kami juga turut dibantu polis kontinjen lain.

“Banduan ini yang paling awal melarikan diri dalam kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI