fbpx

Agong, Raja Permaisuri tiba lawatan dua hari di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam bagi meneruskan lawatan ke negeri Melaka selama dua hari.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, keberangkatan baginda berdua pada jam 11.20 pagi hari ini disambut Yang di-Pertua negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman.

Turut hadir sama ketika itu adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan isteri Datin Seri Munira M. Yusop.

Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Selat, Melaka sebentar tadi.

Tambahnya, pada sebelah petang, baginda berdua dijadualkan berangkat ke majlis berbuka puasa dan santapan malam bersama pemimpin kerajaan negeri dan rakyat di Masjid Negeri Al Azim, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI