fbpx

96 etnik Rohingya lolos depot imigresen masih diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian etnik Rohingya yang meloloskan diri dari depoh tahanan ditahan di KM 168 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Seberang Perai pada Rabu lalu.

BANDAR BAHARU – Seramai 96 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini kelmarin masih lagi bebas setakat pukul 6 pagi tadi.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, ketika ini pelbagai tindakan giat diambil bagi mengesan kedudukan mereka.

Menurut beliau, hampir 80 peratus tahanan yang masih bebas itu merupakan lelaki dewasa.

“Setakat pukul 6 pagi tadi, individu dewasa yang masih bebas terdiri daripada 76 lelaki dan sembilan wanita.

“Selain itu, terdapat juga empat kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan yang masih belum dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, daripada keseluruhan 528 tahanan yang melarikan diri kelmarin, seramai 432 individu telah ditahan semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI