fbpx

52 anak yatim dirai berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazri (belakang kanan) dan Ainol (tigi kiri) bergambar bersama anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh Malaysia sempena majlis berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 52 orang anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh Malaysia diraikan berbuka puasa dan menerima sumbangan duit raya di Menara Kuala Lumpur hari ini.

Majlis berbuka tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Sri Lambuk Catering dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. serta Madani & Co dan Kelab Pemilik Perdana Malaysia (PROPERD).

Penganjur majlis, Mohd. Hazri Mohd. Alam berkata, program berkenaan adalah kesinambungan program sedekah Jumaat yang diadakan setiap minggu sempena Ramadan tahun ini.

“Pelbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan untuk membantu mereka yang memerlukan terutama menjelang Aidilfitri. Namun, Kelainan pada kali ini adalah kami mengambil keputusan untuk kolabrasi bersama beberapa pihak lain.

“Jadi kita harapkan majlis ini dapat memberi impak positif dan sedikit sebanyak dapat membahagiakan anak-anak yang diraikan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurut Hazri, majlis julung kali itu juga adalah peluang berharga bagi anak-anak yatim berkenaan memandangkan ini adalah pengalaman pertama mereka menjejakkan kaki di menara tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Ainol Shaharina Sahar berkata, beliau berharap agar lebih banyak program sedemikian dilakukan di Menara Kuala Lumpur.

“Semoga program pada hari ini dapat melakarkan senyuman manis diwajah anak-anak semua.

“Justeru, saya mengalu-alukan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diluar sana untuk mengadakan program sebegini pada masa akan datang,” tambah beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI