fbpx

Tindakan tegas ke atas dalang rusuhan, lolos depot Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu berjaya ditahan semula.

ALOR SETAR – Persatuan Rohingya Malaysia Kedah meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap dalang yang membuat perancangan bagi membolehkan tahanan melarikan diri beramai-ramai dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu semalam.

Pengerusinya, Yusof Ali berkata, tindakan itu jelas tidak menghormati undang-undang negara ini selain menyusahkan tahanan itu sendiri sehingga ada antara mereka termasuk kanak-kanak terkorban dalam kemalangan jalan raya.

Tegasnya, tindakan itu disyaki didalangi oleh individu tertentu yang sudah lama ditempatkan di situ ketika mereka yang baru tiba sudah pasti belum tahu akan selok-belok lokasi tersebut.

“Apabila ada sekelompok yang jahat melarikan diri, yang lain-lain pun akan ikut juga kerana terpengaruh untuk mendapatkan kebebasan.

“Tetapi sebagai masyarakat Rohingya, kita perlu sedar bahawa kita tidak memiliki apa-apa di sini dan hanya mengharapkan bantuan dari kerajaan serta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) saja.

“Jadi tak ada gunanya melanggar undang-undang di negara ini. Apabila sudah berlaku kematian termasuk melibatkan anak-anak seperti dalam kes ini, sudah tentu keadaan jadi lebih susah dan sebab itu saya harap mereka yang buat jahat itu (Menjadi dalang melarikan diri) dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI