fbpx

Tak sempat jual 95 kg daun ketum, 244 botol ubat batuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPM menunjukkan daun ketum dan ubat batuk yang dirampas di Kampung Sungai Mentua, Pengkalan Kubor dekat Tumpat semalam. - FOTO: IHSAN PGA

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sebanyak 95 kilogram daun ketum dan 244 botol ubat batuk selepas menahan seorang lelaki semasa menjalankan operasi di Kampung Sungai Mentua, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu dicekup semasa PPM menjalankan Ops Pensura di sekitar kawasan kampung itu kira-kira pukul 11 malam.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, semasa melakukan rondaan rutin menggunakan bot, anggota bertugas telah mengesan sebuah bot enjin galah di kawasan pangkalan haram Peja di sini.

Menurutnya, bot itu dikemudi seorang lelaki sedang meluncur laju dari arah jambatan Pulau Ular menghala keluar dari Sungai Mentua di sini.

“Anggota bertugas telah menghampiri bot berkenaan untuk membuat pemeriksaan namun, suspek enggan berhenti sebelum memecut laju bot yang dikemudinya.

“Semasa anggota PPM mengejar bot itu, suspek gagal mengawal botnya sebelum terperosok ke dalam rimbunan pokok nipah dekat kuala Sungai Mentua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Norzaid berkata, pemeriksaan di lokasi itu telah menemui beberapa bungkusan daun ketum dan kotak yang mengandungi ubat batuk yang dianggarkan bernilai RM11,940.

Menurutnya, suspek yang bersembunyi di kawasan pokok nipah itu berjaya ditahan dan bot enjin galah yang digunakan olehnya turut dirampas.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Dadah 1952 dan Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI