fbpx

Sering terbayang cucu, petanda mereka akan pergi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Hamidi (kanan) dan Zairinah (kiri) duduk menanti jenazah kedua-dua cucu mereka di Jabatan Forensik, Hospital Changkat Melintang, di sini, hari ini. FOTO MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

PARIT – Hasrat seorang datuk untuk melihat dua cucunya menggayakan jubah dan abaya pemberiannya tidak kesampaian apabila dua beradik itu maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Seri Iskandar awal pagi tadi.

Mohamed Hamidi Mohd Alias, 60, berkata, dia serta isterinya, Zairinah Abdullah, 57, masih terkejut dengan kejadian yang menimpa kedua-dua cucunya di saat Syawal hampir menjelang.

Menurut Mohamed, kali terakhir mereka bertemu pada Ramadan pertama semasa berbuka puasa sekeluarga.

“Ketika itu saya serahkan jubah untuk cucu lelaki, Muhammad Fahmi Mohd. Fazlan Nizam, enam tahun dan abaya serta gelang tangan kepada Nor Fahmia, enam bulan yang dibeli semasa umrah.

“Beberapa hari sebelum kejadian saya sering terbayang wajah mereka dan berhasrat untuk jumpa, namun dikejutkan dengan berita sedih ini,” ujarnya semasa ditemui di Hospital Changkat Melintang di sini.

Sementara itu, nenek kedua-dua mangsa, Zairinah pula berkata, meskipun dia reda cucunya pergi pada bulan Ramadan, dia masih berasa sedih kerana telah menjaga cucu sulungnya dari kecil lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI