fbpx

Sembang macam pandai, Puteri Sarah lantik dua peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah akan menggunakan khidmat peguam bagi mengendalikan isu 'penyondol'.

PETALING JAYA – Kesabaran Puteri Sarah Megat Kamaruddin yang berdepan gangguan pihak ke tiga dalam rumahtangganya sudah sampai ke kemuncak hingga nekad mengambil tindakan undang-undang.

Pelakon itu berkata, dia akan menggunakan khidmat dua peguam bagi mengendalikan kes mengacau suaminya selain membabitkan pelbagai ugutan menerusi media sosial sejak empat tahun lalu itu.

“Okay seterusnya! Kita pakai dua peguamlah. Ke pakai 20 peguam macam Siti Bainun. Ulat kecil macam ini pakai dua peguam pun cukuplah,” tulisnya.

TANGKAP layar panggilan InstaStory yang dikongsi Puteri Sarah semalam.

Ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan tindakan susulan yang bakal dilakukan terhadap individu dimaksudkan menerusi perkongsian di Insta Story.

Malah dia turut menunjukkan satu tangkap layar mendedahkan kenyataan individu tersebut yang seolah-olah tidak kisah dengan pembabitan peguam.

“Ss (tangkap layar) saya dapat sembang macam pandai. ‘You do not know the real world sweety’. Jangan nanti kena isytihar muflis tinggal bawah jambatan,” katanya lagi.

Terdahulu, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya yang juga pelakon dan pengarah Syamsul Yusuf yang dikatakan bergolak menjadi perhatian ramai.

Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, pernah mengaku sudah tidak sebumbung dengan Syamsul dan mendakwa suaminya tahu kenapa dia bersikap dingin.

Beberapa hari lalu pula, selepas lama menyimpan rasa demi menjaga nama baik keluarga, dia membongkar situasi sebenar seterusnya mendedahkan identiti wanita kaki sondol yang didakwa menjadi pengacau.

Wanita yang juga anak kepada seorang pelakon veteran itu dikatakan menganggu dengan membuat pelbagai akaun palsu di media sosial serta meninggalkan mesej menyakitkan hati.

Sementara itu, Syamsul dalam satu kenyataan sebelum ini turut mengakui mereka sudah tidak tinggal bersama tetapi bukan bermakna ingin bercerai.

Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 8 Mac 2014 itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI