fbpx

Sabah, Sarawak alami cuaca buruk malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan dua negeri malam ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk tersebut dijangkakan berlanjutan sehingga pukul 1 pagi esok.

“Di Sarawak melibatkan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Miri (Miri dan Marudi).

“Sementara itu, di Sabah membabitkan Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Sandakan),” katanya.

Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI