fbpx

Rudiger minta tempoh dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUDIGER meminta tempoh dua minggu lagi untuk membuat keputusan mengenai masa depannya bersama Chelsea. – AFP

LONDON – Pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger mendedahkan bahawa dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya bersama kelab itu dalam tempoh dua minggu lagi.

Pemain berkenaan bakal menamatkan kontraknya di Stamford Bridge pada musim panas nanti dan masih belum menandatangani perjanjian baharu biar­pun Chelsea mendedahkan berminat untuk mengekalkan khidmatnya.

Krisis pemilikan kelab Chelsea yang terpaksa dilepaskan oleh Roman Abramovich turut menyumbang kepada proses penawaran kontrak baharu untuk Rudiger tidak berjalan dengan lancar ketika ini.

Bagaimanapun, perkemba­ngan perlahan bagi proses pemilikan baharu Chelsea mungkin menyebabkan Rudiger terpaksa meninggalkan pasukan berkenaan kerana peraturan menghalang Chelsea untuk menandatangani pemain sekiranya tiada pemilik baharu.

Rudiger musim ini sudah membuat 47 penampilan bersama Chelsea dalam semua kejohanan musim ini dan sudah meledak lima gol sekali gus menjadi pencapaian terbaiknya sepanjang lima musim bersama kelab London berkenaan.

Pemain antarabangsa Jerman itu dibenarkan untuk mengadakan rundingan bersama kelab lain bermula Janua­ri lalu, tetapi tidak berbuat demikian menyebabkan para peminat The Blues terus berharap dia akan kekal.

Beberapa pasukan gergasi Eropah seperti Manchester United, Real Madrid, Juventus dan Paris Saint-Germain secara terbuka sudah menyatakan minat dan bersedia melunaskan permintaan gaji diminta Rudiger. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI