PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Sabah dan Sarawak petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan tersebut dijangkakan berlaku sehingga lewat petang nanti.
“Di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang.
“Manakala di Sabah membabitkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan,” katanya.
Sementara itu, keadaan cuaca di sebelah semenanjung dilaporkan cerah ketika ini sehingga awal malam nanti. – KOSMO! ONLINE