fbpx

PNB umum Rangka Kerja Kelestarian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PNB umum Rangka Kerja Kelestarian baharu bagi mencapai matlamat untuk menjadi lebih mampan di tengah-tengah perubahan landskap pelaburan global yang berubah.

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan Rangka Kerja Kelestarian baharu untuk mentakrif dan memfokuskan kepada matlamatnya demi masa depan yang lebih mampan di tengah-tengah perubahan landskap pelaburan global yang berubah. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, rangka kerja kelestarian itu menyatukan semua usaha PNB dalam pelbagai bidang kelestarian di dalam satu rangka kerja yang jelas dan komprehensif serta menggariskan 10 komitmen di bawah tiga teras.

Teras tersebut adalah persekitaran, sosial dan juga tadbir urus (ESG).

Bagi cabang persekitaran, PNB komited kearah Syarikat Sifar Bersih menjelang 2025, mencapai portfolio sifar bersih menjelang tahun 2050 serta melabur RM10 bilion dalam aset hijau dan peralihan menjelang tahun 2030.

Untuk teras sosial, firma pelaburan terbesar itu mahu menangani isu-isu mengenai ekuiti dan keterangkuman, di bawah teras ini, Kumpulan komited untuk mengimbangi keuntungan PNB dengan pelaburan sosial agar ia sejajar dengan misi meningkatkan kekayaan golongan bumiputera.

Bagi teras tadbir urus pula, PNB akan menjadi lebih telus dan aktif dalam melibatkan isu berkaitan ESG dan perubahan iklim.

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Presiden dan  Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pihaknya  akan bekerjasama dengan syarikat pelaburan bagi membangunkan pelan penciptaan nilai yang akan memastikan pertumbuhan mampan operasi dan prestasi kewangan mereka. 

“Terdapat tekanan yang hebat pada masa kini untuk syarikat menunjukkan prestasi kewangan, dan pada masa yang sama turut menerapkan aspek ESG ke dalam perniagaan mereka.

“ Kami percaya bahawa, melalui usaha kolektif kami, cara baharu menjalankan perniagaan ini akan mewujudkan manfaat yang bermakna untuk PNB, syarikat pelaburan kami, rakan kongsi serta empat  pihak berkepentingan lain dan pastinya jutaan rakyat Malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mengurus pelaburan mereka.” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI