fbpx

PKRC Melaka akhirnya ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKRC MITC Melaka akhirnya ditutup selepas kadar penggunaan semasa katil pesakit hanya merekodkan 15 peratus.

JASIN – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) akan ditutup pada 30 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, PKRC itu ditutup selepas kapasiti penggunaan semasa katil pesakit hanya merekodkan kadar 15 peratus.

Katanya, semua pesakit Covid-19 yang berisiko rendah akan mula ditempatkan di Hospital Melaka dan Kolej Jururawat untuk menerima rawatan lanjut.

“Selepas hampir setahun dibuka, PKRC MITC akan ditutup secara rasminya pada 30 April ini dan satu majlis meraikan kejayaan ini akan dibuat pada 27 April.

“Kita tutup pusat itu kerana kadar penggunaan katil hanya 15 peratus, jadi lebih baik ia ditutup dan sementara ini pesakit ditempatkan di Hospital Melaka selain di Kolej Jururawat,” katanya selepas mengetuai serbuan Ops Raya 2022 bersama Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Rusdi Abd. Rahman di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI