fbpx

Petugas Jabatan Perhutanan cedera diserang Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BERA – Seorang petugas Jabatan Perhutanan mengalami kecederaan di bahagian tangan selepas diserang dengan sebilah parang oleh seorang lelaki dipercayai Orang Asli ketika melakukan pemantauan di Hutan Simpan Bukit Penchorong di sini semalam.

Mangsa berumur 55 tahun yang bekerja sebagai pemandu Jabatan Perhutanan itu mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kanan akibat terkena parang panjang ketika menepis senjata itu yang digunakan lelaki Orang Asli terbabit.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Mansor Samsudin berkata, semasa kejadian mangsa membawa tiga orang penyelia dan seorang pegawai bagi melakukan lawatan ke kawasan lesen balak Bukit Penchorong di sini.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa menghampiri sebuah lori yang sedang berhenti dan memanggil dua lelaki untuk bertanya sebelum tiba-tiba datang seorang lelaki Orang Asli dan meletakkan parang di leher mangsa.

“Mangsa kemudiannya menepis parang panjang tersebut sehingga pergelangan tangan kanannya mengalami kecederaan dan beredar dari tempat kejadian ketika suspek cuba membuka pintu kenderaan yang dinaiki mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mansor, mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar 32 di sini sebelum membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan termasuk bagi mengesan suspek terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI