fbpx

Permohonan geran kandungan digital dibuka sehingga 30 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar

PETALING JAYA – Permohonan Geran Kandungan Digital (DCG) 2022 yang dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dibuka sehingga 30 April ini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, syarikat kandungan kreatif digital dengan modal berbayar minimum sebanyak RM20,000 amat digalakkan untuk memohon.

“Mereka boleh memilih antara geran untuk kos pembangunan bernilai sehingga RM300,000 atau kos pemasaran dan pelesenan harta intelek (IP) sehingga RM500,000.

“Sesiapa yang berminat boleh melayari laman sesawang https://mdec.my/DCG untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, DCG tersebut adalah untuk membantu para pencipta kandungan digital membangunkan kandungan baharu, memasarkan dan melesenkan IP seperti kandungan animasi, media interaktif dan permainan digital.

“Saya sedar bahawa persekitaran perniagaan amat mencabar ketika ini, khususnya kepada syarikat pemula niaga dan syarikat yang terjejas sebelum ini.

“Oleh itu, saya yakin inisiatif DCG ini mampu menjadi pemangkin kepada mereka untuk kekal kukuh dan lebih berdaya saing di pasaran tempatan dan global,” ujarnya.

Dalam pada itu, Annuar turut berharap syarikat yang menerima manfaat daripada DCG, mampu melakar sejarah dan pencapaian yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“K-KOMM menerusi MDEC akan terus komited menyediakan pelbagai bantuan lain khususnya dalam membantu pertumbuhan ekosistem pembangunan kandungan digital negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI