fbpx

[VIDEO] Penunggang motosikal tular siku wanita diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penunggang motosikal yang menyiku wanita dibocengnya.

KLANG – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular menyiku wanita diboncengnya atas motosikal di Jambatan Teluk Gadong, Jalan Sungai Bertih di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perkara itu dikesan pihaknya menerusi satu video berdurasi 11 saat di laman Facebook, kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

“Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka kenderaan itu memaparkan seorang lelaki menyiku menggunakan tangan kiri sebanyak dua kali ke arah kepala wanita tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti dua individu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hoong Fong, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan.

“Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa berwaspada memandu atau menunggang kenderaan supaya tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Terdahulu, video yang tular sejak empat hari lalu itu mendapat kecaman netizen apabila didakwa turut melibatkan seorang kanak-kanak yang menaiki motosikal sama. -KOSMO! ONLINE

@kosmoonline Sabar, sabar…Kejadian dipercayai di Klang. #fyp ♬ A stylish house in the heart of the city – SOUND BANK

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI