fbpx

Pencuri maut kemalangan selepas larikan kereta warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah Hernandez lebam selepas ditumbuk pencuri yang maut kemalangan menggunakan keretanya. - The Sun UK

AUSTIN, Texas – Seorang lelaki menerima balasan setimpal apabila maut dalam kemalangan sejurus selepas mencuri sebuah kereta milik  seorang warga emas, lapor akhbar The Sun UK, kelmarin.

Suspek itu dilaporkan menumbuk mangsa,  Shirlene Hernandez, 72, ketika wanita itu berhenti di sebuah stesen minyak sebelum melarikan keretanya.

Tidak lama selepas kejadian itu, pihak polis menemui kereta Hernandez dalam keadaan remuk dengan pencuri tersebut kaku di tempat duduk pemandu.

“Ramai yang berkata bahawa apa yang berlaku adalah lelaki itu mendapat balasan selepas melakukan kejahatan pada diri saya,  namun sejujurnya, saya sedih kerana dia mati dalam keadaan menyedihkan seperti itu.

“Kini saya perlu mencari jalan bagaimana hendak mendapatkan kereta baharu kerana saya tidak mahu berhenti bekerja,”kata Hernandez.

Penduduk tempatan dan cucu Hernandez, Helen Garcia telah mewujudkan halaman derma  awam atau crowdfunding di laman web  GoFundMe untuk membantu neneknya mengumpul dana bagi membeli kereta ganti.

Menjelang pagi semalam,  derma yang dikumpulkan telah melebihi AS$23,000 (RM98,325)  walaupun sasaran awal  cuma AS$5,000 (RM21,375). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI