fbpx

Pembeli mahu KPKT campur tangan isu keselamatan menara komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sau ming

PETALING JAYA – Pembeli sebuah menara komersial di sini menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) segera campur tangan berhubung isu keselamatan bangunan itu yang didakwa diragui dari segi kelulusannya.

Menurut wakil pembeli, Woo Sau Ming, antara isu yang dibangkitkan pihaknya adalah berkaitan pemasangan lantai tambahan mezanin di bangunan tersebut yang didakwa melanggar peruntukan Seksyen 44 (3) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984 dan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Sau Ming berkata, bangunan itu telah diserahkan dan diduduki sejak empat tahun lalu di mana hampir 30 peratus penghuni menggunakan unit tersebut sebagai kediaman dan bukannya kegunaan komersial.

“Kami musykil kerana jika pemasangan tidak mengikut kelulusan bagaimana pensijilan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berjaya diperbaharui sejak tiga tahun lalu.

“Kami juga telah menulis surat kepada pemaju dan badan pengurusan bersama (JMB) meminta pengesahan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk pemasangan lantai mezanin, namun tiada maklum balas daripada pihak berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Sau Ming berkata, lantai mezanin yang telah dipasang itu juga diperbuat daripada papan lapis dan vinil tanpa pengesan asap dan perenjis tambahan yang memberi risiko kebakaran.

Dia yang memiliki dua unit dalam bangunan komersial tersebut menambah, pihak pembeli telah melancarkan satu petisyen kepada pihak KPKT untuk menyemak dan meminda undang-undang berkaitan Akta Pengurusan Strata 2013 dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.

“Ia bagi memastikan pemaju dan JMB memberi maklumat tentang dana pemilik dan isu-isu bangunan tanpa halangan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI