fbpx

Pemandu lori selewang diesel bersubsidi dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan ke atas lori tersebut telah menemui sebuah pam yang menghubungkan tangki asal kenderaan itu terus ke dalam tiga buah compartment di dalam lori tangki tersebut.- FOTO: IHSAN KPDNHEP

PUTRAJAYA – Seorang pemandu lori yang dipercayai terbabit dengan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi ditahan di sebuah stesen minyak di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, 17 April lalu.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, suspek lelaki berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan ke atas sebuah lori tangki yang sedang mengisi minyak dan telah membuat pengisian minyak diesel dianggarkan berjumlah RM500.

Katanya, serbuan susulan risikan selama beberapa minggu itu membawa kepada penemuan sebuah pam yang menghubungkan tangki asal kenderaan itu terus ke dalam tiga buah kompartmen di dalam lori tangki tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat minyak diesel yang dianggarkan berjumlah 3,232 liter di dalam ruang tangki pada lori berkenaan.

“Susulan itu, minyak diesel, lori tangki, satu set dekoder televisyen litar tertutup (CCTV), invois, resit jualan, belian berserta dokumen-dokumen perniagaan yang lain daripada stesen minyak berkenaan telah disita melibatkan nilai keseluruhan rampasan RM 32,450,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, siasatan lanjut terhadap kes itu akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti rantaian pengedaran minyak diesel tersebut bermula daripada stesen minyak berkenaan sehinggalah ke peringkat pembeli.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3 juta.

“Malah, stesen minyak juga boleh digantung sementara lesen berkaitan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA) dan kebenaran di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) oleh syarikat yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan dan keputusan kes dimuktamadkan.

“Syarikat terbabit juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613),” katanya.

Tambahnya, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta atau yang mana yang lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI