fbpx

Pemakaian pelitup muka di tempat awam masih wajib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar notis yang tular berkaitan pemakaian pelitup muka di media sosial.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan yang mengatakan pihak polis tidak lagi akan mengeluarkan saman bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, prosedur operasi standard (SOP) fasa peralihan ke endemik Covid-19 bertarikh 1 April 2022 masih lagi berkuat kuasa dan pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan di tempat awam.

“Oleh itu, PDRM masih meneruskan tindakan kompaun jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP berkenaan di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“PDRM ingin menasihati orang ramai untuk mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu pekeliling yang menyatakan polis akan menghentikan tindakan saman kepada orang ramai yang gagal memakai pelitup muka di khalayak ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI