fbpx

PATI kempunan balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang ditahan Kastam Johor di Jalan Kampung Sungai Mengkudu, Batu Pahat.

BATU PAHAT- Hasrat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup keluar untuk pulang ke negara asal gagal selepas kesemua mereka diberkas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor.

Dalam kejadian pukul 6.45 petang Ahad lalu, pihak Kastam turut menemui satu bungkusan mampat disyaki dadah dalam teksi berkenaan diletakkan di ruangan alas kaki tempat duduk hadapan.

Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad berkata, ketika pihaknya mengadakan rondaan berhampiran Jalan Kampung Sungai Mengkudu, di sini, mereka telah terserempak dengan sebuah teksi jenis Proton Exora yang mencurigakan.

“Pasukan kami bertindak mengekori kenderaan tersebut namun secara tiba-tiba teksi tersebut berhenti di tepi jalan dan salah seorang daripada penumpang telah keluar melarikan diri ke ladang sawit berhampiran.

“Melihat kejadian itu, pasukan kami dengan pantas mengejar suspek dan berjaya memberkas lelaki itu daripada melepaskan diri. Hasil pemeriksaan rapi ke atas kenderaan pula kemudiannya menemui lima orang lelaki terdiri daripada seorang pemandu teksi warga tempatan dan empat PATI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga asing itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI