fbpx

Mohd. Puad angkat sumpah Speaker DUN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad dilantik sebagai Speaker DUN Johor pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke-15 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.

ISKANDAR PUTERI – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohd. Puad, 64, adalah satu-satunya nama yang dicadangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk jawatan itu yang kemudian disokong Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip.

Beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

ADUN Semarang, Datuk Samsolbari Jamali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar turut dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Johor.

Selain itu, kesemua 56 ADUN Johor turut mengangkat sumpah jawatan termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad (Benut) dan 10 Exco kerajaan negeri yang baharu.

Turut berbuat demikian ialah Ketua Pembangkang DUN Johor, Liew Chin Tong yang memenangi kerusi DUN Perling.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI