fbpx

Kuota rasmi jemaah Haji Malaysia seramai 14,306 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan kuota rasmi haji untuk Malaysia bagi tahun ini (1444 Hijrah) ditetapkan kepada 14,306 jemaah.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad menerusi sidang akhbar secara langsung menerusi Facebook hari ini.

Idris berkata, jumlah kuota yang diterima daripada kerajaan Arab Saudi itu adalah 45 peratus daripada kuota rasmi tahunan yang biasa diperoleh negara iaitu 31,600 jemaah pada 2019.

Beliau berkata, peratusan kuota rasmi 45 peratus itu juga terpakai kepada semua negara lain.

“Bagi pihak kerajaan, saya lahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi dengan jumlah kuota yang diberikan kepada jemaah haji Malaysia.

“Ini berita baik untuk umat Islam di Malaysia yang sudah menunggu sejak dua tahun lalu untuk menunaikan rukun Islam kelima ini.

“Sempena Ramadan yang mulia ini, marilah sama-sama dari lubuk hati yang dalam kita lafazkan rasa syukur tidak terhingga atas berita gembira ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI