fbpx

Kesedaran awam meningkat, orang ramai berani padam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABD. Rahman Ali menyerahkan sumbangan bubur lambuk di premis perniagaan sempena program Kempen Keselamatan Kebakaran dan Op Rondaan Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan di Seremban 2, Seremban hari ini.-FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Tahap kesedaran dan kepatuhan orang awam terhadap keselamatan kebakaran di Negeri Sembilan kini semakin meningkat dan ia dilihat didorong menerusi kempen-kempen yang dilaksanakan di media sosial.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abd. Rahman Ali malah berkata, orang awam kini juga semakin berani untuk mengambil langkah perlu untuk memadamkan kebakaran sebelum ketibaan anggora bomba.

“Kami dapat melihat tahap kesedaran masyarakat yang semakin tinggi dan baik terutamanya dalam kalangan pemilik rumah.

“Mereka amat mengambil berat tentang kesedaran berkaitan kebakaran dan diperoleh melalui kempen yang telah dilaksanakan dalam media sosial. Orang awam juga dilihat berani memadamkan kebakaran sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran dan Op Rondaan Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan di Seremban 2, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI