fbpx

Kebakaran: Jeritan sayu anak panggil abah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fazlan yang kelihatan sugul semasa ditemui di Hospital Changkat Melintang.

PARIT – Jeritan abah, abah masih terngiang pada seorang peniaga restoran apabila dua anaknya terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Persiaran SIBC 1, Seri Iskandar pagi tadi.

Bagaimana pun, asap tebal menyebabkan Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, tidak dapat menyelamatkan Muhammad Fahmi, 6, dan anak perempuannya berusia enam bulan, Nur Fahima

Kedua-dua mangsa yang berada dalam sebuah bilik di tingkat dua bangunan itu gagal dibawa keluar kerana asap tebal.

Muhammad Fahmi dan adiknya Nur Fahmia

Mohd Fazlan berkata, dia hanya mampu mendengar jeritan anak sulungnya Muhammad Fahmi, 6, yang memanggil namanya sebanyak tiga kali ketika api sedang marak manakala tiada tangisan didengar daripada Nur Fahmia.

Katanya, ketika itu dia dan isteri sedang mengemas kerusi meja sekitar pukul 4.30 pagi sebelum mendengar jeritan pekerjanya memaklumkan ada asap hitam keluar dari cermin tingkat atas.

“Saya terus naik mencari anak-anak saya dan terdengar Muhammad Fahmi menjerit memanggil nama saya dan saya berlari masuk namun asap terlalu tebal dan saya sukar bernafas.

“Saya kemudian keluar ambil udara dan masuk sekali lagi, namun masih gagal dan keluar semula sebelum masuk kali ketiga tapi tetap gagal,” katanya yang sugul ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Changkat Melintang, di sini.

Menurutnya, pekerjanya juga turut membantu memecahkan tingkap dan memanjat melaluinya untuk mengeluarkan anaknya, namun tidak berjaya sehingga mereka terpaksa menunggu bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI