SEPANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan Mushaf al-Quran edisi terkini dengan beberapa pembaharuan selaras perkembangan semasa.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kali terakhir Mushaf al-Quran diterbitkan adalah pada tahun 2014.
Beliau berkata, mushaf terbitan KDN pada kali ini membawa beberapa pembaharuan selaras dengan perkembangan semasa seperti tanda-tanda hukum berwarna.
“Ia bukan untuk kelihatan cantik semata-mata, tetapi berfungsi sebagai panduan bacaan bertajwid yang lancar dan betul.
“Edisi terkini mengandungi keenam-enam hukum tajwid berwarna sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan bagi pewarnaan tajwid dan diberi nilai tambah berupa warna untuk waqaf (berhenti dan teruskan bacaan) dan ibtida’ (berhenti dan ulang bacaan),” katanya.- KOSMO! ONLINE.