fbpx

Juruteknik maut dirempuh Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang juruteknik maut dirempuh sebuah Toyota Hilux di simpang lampu isyarat Taman Maju, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang juruteknik maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda sehingga terpelanting di simpang lampu isyarat Taman Maju di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Khairul Khalid, 50, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss berhenti di lampu isyarat dari arah Telipot ke arah Jalan Pekeliling.

Menurutnya, ketika itu, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang warga emas berusia 68 tahun turut berhenti di lampu isyarat dan arah yang sama.

“Selepas lampu isyarat bertukar hijau, kenderaan itu terus bergerak namun, mangsa yang berada di kiri jalan telah menukar arah ke kanan jalan.

“Insiden itu menyebabkan pemandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak sempat mengelak sebelum merempuh sisi kanan motosikal ditunggang mangsa,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Shuhaimi berkata, rempuhan itu menyebabkan mangsa terpelanting sebelum terjatuh di bahagian belakang sebuah van yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI