BEBERAPA hari lalu, perkongsian InstaStory si cantik Janna Nick mencuri perhatian ramai.
Iyalah, sebab dia tiba-tiba geram dengan sebuah iklan radio yang dikatakan mempromosikan tentang tindakan bunuh diri.
“Sudah lama tak dengar radio, tiba-tiba ada iklan bercakap tentang bunuh diri. Tolonglah sensitif sikit tentang kesihatan mental.
“Orang yang sihat mungkin okey tetapi bagi mereka yang sakit, akan mudah terkesan. Perkara sebegitu tidak sepatutnya keluar di radio,” katanya.
Tertanya-tanya juga Mizz Lahar mengenai iklan apakah yang dimaksudkan oleh Janna.
Kalau benar seperti yang dikatakan pelantun lagu Gatal itu, harap penerbit stesen radio pantau semula agar lebih sensitif. Janganlah terlalu leka berhibur, isu sebegitu diabaikan dan dijadikan bahan gurauan ramai.
MIZZ LAHAR: Suka lihat keletah Siti Aafiyah yang sangat fasih berbahasa Melayu dan juga Inggeris.