fbpx

Jam mewah Leclerc dikebas pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC kerugian kira-kira RM1.36 juta selepas jam tangan jenama Richard Mille miliknya dikebas pencuri ketika sedang melayan peminat. – AFP

rom – Nasib malang me­nimpa pelumba Scuderia Ferrari, Charles Leclerc selepas jam tangan mewah miliknya dicuri ketika dikerumuni peminat yang mahu bergambar bersamanya di Itali kelmarin.

Insiden tersebut berlaku ketika Leclerc sedang berjalan di Tuscany sebelum peminat sedar kehadirannya dan berkumpul untuk mengambil gambar.

Namun, Leclerc dikatakan tidak sedar apabila dia telah menjadi mangsa kecurian selepas jam tangan berjenama Richard Mille miliknya yang berharga AS$320,000 (RM1.36 juta) telah dikebas ketika sesi bergambar dan menandatangani autograf peminatnya.

Leclerc telah membuat laporan dan pihak berkuasa mula melakukan siasatan serta cuba memastikan sama ada kejadian itu dirancang atau sebaliknya.

Pihak berkuasa juga dikatakan sedang memantau rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar untuk mengesan individu yang terlibat.

Jurulatih peribadi Leclerc, Andrea Ferrari yang bersama bintang Ferrari itu ketika kejadian dilihat berang kerana kurangnya lampu jalanan di Via Salvatori yang menjadi punca mudah berlaku jenayah.

Leclerc berada di Itali untuk melakukan persiapan menjelang Grand Prix Emilia Romagna pada hujung minggu ini yang berlangsung di Imola.

Leclerc bukanlah pemandu pertama menjadi mangsa kehilangan jam tangan mewah kerana pada tahun lalu, Lando Norris turut berdepan situasi serupa.

Jam Richard Mille miliknya dicuri selepas perlawanan final Euro 2020 di Stadium Wembley tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI