fbpx

Jadi suri rumah selepas isteri jatuh sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cally (dua dari kiri) bersama Yee Lin semasa menziarahi Nora dan suaminya di rumah mereka di Kampung Ulu Jelintoh, Gopeng baru-baru ini.

GOPENG – Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil lantaran isteri yang selama ini menggalas tugas itu jatuh sakit dan sukar untuk bergerak, sekali gus menyebabkan suri rumah tersebut tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja rumah.

Disebabkan itu, tugas Nora Along, 38, terpaksa diambil alih oleh suaminya, Bah Mansor Jang, 40, untuk menjaga empat anak yang berusia antara dua hingga 15 tahun sejak isterinya jatuh sakit akibat hepatitis C, beberapa bulan lalu.

Bah Mansor yang juga ketua kampung di Kampung Ulu Jelintoh di sini perlu menggalas tugas tersebut dan pada masa yang sama, menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat setempat.

Setakat ini, katanya, dia yang merupakan masyarakat Orang Asli hanya membawa isterinya menjalani rawatan secara tradi­sional.

“Selain menjaga anak-anak, saya juga perlu pastikan keper­luan isteri dijaga terutama makan minum dan keperluan lain.

“Saya sentiasa berdoa agar isteri diberikan kesembuhan segera dan kesihatannya kembali pulih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Jelintoh di sini baru-baru ini.

Nasib keluarga tersebut mendapat perhatian Naib Pengerusi MCA Bahagian Gopeng, Cally Ting dan timbalannya, Liew Yee Lin yang datang berziarah mereka.

Cally yang dimaklumkan me­ngenai kesusahan keluarga ini turut menyampaikan sumbangan makanan, barangan dapur dan wang tunai.

“Anak-anak mereka masih ke­cil, bukan senang untuk Bah Mansor seorang menjaga anaknya di samping perlu membiayai perbelanjaan sekeluarga,” ujar Cally.

Orang ramai yang mahu membantu meringankan beban keluarga itu boleh menghubungi pihak MCA Bahagian Gopeng menerusi talian 016-5605 125 bagi membantu urusan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI