fbpx

Ismail Sabri ucap takziah pada keluarga Ali Hamsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 2012 hingga 2018.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham bekas Ketua Setiausaha Negara ke-13, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.

Ismail Sabri berkata, Allahyarham telah menabur jasa dan bakti selama berkhidmat dan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.

“Mewakili Keluarga Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

“Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 2012 hingga 2018 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, beliau turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan bersama para solihin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI