JAKARTA – Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas mengumumkan kuota jemaah haji negara itu seramai 100,051 orang bersama 1,901 petugas bagi sesi 2022, lapor laman berita Kompas, semalam.
Kesemua jemaah haji Indonesia yang terpilih, dijangkaberangkat ke tanah suci Mekah pada 4 Jun ini.
“Selepas dua tahun, kita tidak dapat menghantar rombongan jemaah ke Mekah untuk menunaikan haji. Alhamdulillah, kali ini rakyat Indonesia diberi kesempatan itu semula.
“Seramai 100,051 jemaah bersama 1,901 petugas dijangka berangkat ke Mekah untuk musim haji bagi tahun ini pada Jun akan datang,” kata Yaqut.
Untuk makluman, bakal jemaah haji yang akan berangkat pada tahun ini adalah kumpulan yang tertunda keberangkatannya pada tahun 2020 akibat pandemik Covid-19.
Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan pemerintah juga telah bersetuju mengenai Bayaran Perjalanan Haji (Bipih) atau bayaran haji biasa pada 2022 sebanyak 39,886,009 rupiah (RM 11,856 ) bagi setiap jemaah. – Agensi