fbpx

Honey Lee daki bukit ketika sarat hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Instagram Honey ketika mendaki bukit baru-baru ini.

MESKIPUN sedang sarat hamil dengan usia kandungan memasuki lapan bulan, perkara tersebut langsung tidak menghalang pelakon cantik Honey Lee untuk terus kekal aktif.

Terbaharu, Honey Lee ada memuat naik dan berkongsi foto aktivitinya bersama rakan-rakan baiknya sedang mendaki walaupun dalam keadaan sarat.

“Selamat pagi semua. Apa anda sedang lakukan? Saya dan rakan-rakan baru sahaja selesai mendaki bukit bersama bayi berusia 32 minggu yang dibawa sekali,” tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsikan itu, Honey Lee, 39, dilihat ceria tersenyum sambil memegang tongkat khas yang digunakan untuk mendaki.

Rata-rata netizen kemudian meluahkan kebimbangan melihat keberanian idola mereka itu yang terus aktif walaupun sedang sarat hamil.

“Risau betul dengan Honey Lee. Kalau saya, jangan kata lapan bulan, tiga bulan pertama dah malas. Jangan kata daki bukit, nak keluar pergi makan di luar pun malas,” tulis seorang netizen.

Honey berkahwin pada Oktober tahun lalu dan mengumumkan tentang kehamilan bayi sulungnya beberapa minggu kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI