fbpx

Fulham sah layak ke EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FULHAM mengesahkan tempat secara automatik bagi saingan EPL musim depan selepas mendominasi saingan Liga Kejuaraan. – TWITTER FULHAM

LONDON – Fulham mengesah­kan tempat secara automatik pa­da saingan Liga Perdana Inggeris musim depan selepas muncul juara pada saingan Liga Kejua­ra­an musim ini dengan menewaskan Preston di Craven Cottage awal pagi semalam.

Aleksandar Mitrovic yang me­rupakan penjaring terbanyak saingan tersebut setakat ini meledak dua lagi gol pada perlawanan tersebut untuk membantu pasukannya meraih kemenangan 3-0 selain satu lagi gol hasil jari­ngan Fabio Carvalho.

Skuad kendalian Marco Silva itu dilihat tidak berdepan ma­salah mendominasi saingan mu­sim ini apabila mereka me­ngumpul 86 mata melalui 42 perlawanan meninggalkan pencabar utama mereka, Bournemouth dengan sembilan mata.

Kejayaan itu juga menyaksikan Fulham berjaya melayakkan diri untuk ke saingan utama England buat kali ketiga dalam tempoh lima tahun dan berharap mampu kekal untuk tempoh yang lebih lama kali ini.

Lebih menggembirakan Fulham, Mitrovic berjaya meledak 40 gol musim ini dan memecahkan rekod yang dipegang oleh penyerang Brentford, Ivan Toney yang meledak 31 gol sebelum ini.

“Setiap musim Mitrovic sa­ngat luar biasa. Saya perlu meng­­u­rus­kan keadaannya dengan baik ke­rana anda boleh lihat kemampuannya apabila diturun dalam keadaan yang segar dan bertenaga.

“Kami akhirnya berjaya menjalankan tugas dengan baik pada perlawanan ini. Kami seharusnya bangga dengan apa yang telah di­kecapi kerana berjaya menyem­purnakan impian semua penyo­kong kami,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI