fbpx

Dalang rusuhan Rohingya di depot imigresen dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian etnik Rohingya yang meloloskan diri dari depoh tahanan ditahan di KM 168 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Seberang Perai pada Rabu lalu.

BANDAR BAHARU – Polis telah mengenal pasti seorang lelaki etnik Rohingya yang disyaki menjadi dalang kepada kejadian rusuhan Depot Imigresen Sementara Relau, Kem Sri Impian di sini semalam.

Kejadian rusuhan kira-kira pukul 4.30 pagi itu seterusnya membawa kepada insiden 528 tahanan etnik sama melarikan diri dari depot tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. Suresh Kumar memberitahu, dalang terbabit yang berusia lingkungan 30-an dipercayai masih bebas dan sedang dikesan pihak berkuasa.

“Daripada siasatan awal, dalang itu seperti ‘kepala’ yang mungkin mengapi-apikan sentimen untuk bertindak (rusuhan).

“Bagaimanapun, selagi kita tidak menahan lelaki terbabit, perkara itu belum dapat disahkan kerana kita dengar (maklumat) daripada pihak ketiga,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya giat mengesan dalang serta tahanan lain yang masih bebas dengan kebanyakannya dipercayai bersembunyi di kawasan sekitar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI