fbpx

Bot nelayan kelas B langgar syarat lesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOT nelayan kelas B ditahan kerana menangkap ikan di zon larangan di perairan Segari dekat Lumut, Perak, malam semalam.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B selepas didapati menangkap ikan di zon larangan di perairan Segari dekat sini malam semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot tersebut melanggar syarat sah lesen pada posisi kira-kira 1.7 batu nautika barat Segari.

“Tangkapan kira-kira pukul 9.15 malam itu dilakukan oleh kru bot ronda Maritim ketika melaksanakan Ops Benteng dan Ops Pintas di perairan negeri ini.

“Ketika ditahan, bot bersama tiga kru warga tempatan itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada lima batu nautika seperti syarat sah lesen,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bot dan kru serta hasil tangkapan yang dianggarkan lebih kurang 100 kilogram itu, diiringi ke jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Perak untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI