fbpx

Bapa mengaku salah cabul anak dijel 20 tahun, lapan sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai dan anggota polis mengiringi tertuduh (tengah) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Perbuatan jijik seorang penoreh getah yang tergamak mencabul anak perempuannya terbalas apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan atas empat pertuduhan yang dihadapinya.

Tertuduh yang berusia 36 tahun dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul anak perempuannya ketika mangsa berusia 13 tahun 11 bulan sehingga 14 tahun lapan bulan.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Tersusun di Kuala Krai kira-kira pukul 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada awal Julai tahun lalu, 2 April, 7 April dan 8 April 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Aka Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama bersama Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Abu Arsalnaa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan juga masyarakat.

“Tertuduh sepatutnya menjaga dan membela anaknya daripada sebarang bahaya. Mohon satu hukuman yang setimpal diberikan kerana kes seperti ini semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman bagi keempat-empat pertuduhan yang bakal dihadapinya berjalan secara serentak.

“Saya juga merayu jasa baik mahkamah untuk meringankan hukuman kerana mempunyai isteri dan enam orang anak. Kesemua ahli keluarga ini berada di bawah jagaan dan tanggungan saya,” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan bagi keempat-empat pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI