fbpx

Ali Hamsa meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali Hamsa

PETALING JAYA – Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa meninggal dunia hari ini di Hospital Dublin, Ireland.

Perkara itu dimaklumkan oleh KSN, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

“Mewakili seluruh warga Perkhidmatan Awam Malaysia, saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga Ali Hamsa yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 April 2022.

“Sesungguhnya pemergian beliau di bulan Ramadan yang mulia ini merupakan satu kehilangan besar. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Terdahulu, Ali Hamsa yang merupakan anak jati Johor telah berkhidmat sebagai KSN dari Jun 2012 sehingga Ogos 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI