fbpx

398 tahanan etnik Rohingya berjaya ditahan setakat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki Rohingya yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu berjaya ditahan semula pada petang semalam.

ALOR SETAR – Sebanyak 398 etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu di sini awal pagi semalam telah ditahan semula setakat pukul 5 pagi ini.

Ketua Polis Kedah,  Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, mereka yang ditahan semula itu terdiri daripada 192 lelaki, 75 wanita, 63 kanak-kanak lelaki dan 60 kanak-kanak perempuan.

“Daripada jumlah tahanan yang berjaya ditahan semula itu, terdapat dua individu yang cedera dan perlu mendapatkan rawatan.

“Mereka terdiri daripada seorang lelaki yang dibawa ke Hospital Sungai Bakap dan seorang perempuan yang kini dirawat di Hospital Seberang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi semalam, seramai 528 tahanan di depot tersebut melarikan diri selepas berlaku rusuhan kecil.

Enam tahanan yang melarikan diri itu termasuk dua kanak-kanak maut selepas dirempuh kenderaan ketika mahu melintas Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer 165 lebuh raya tersebut kira-kira pukul 6.50 pagi.

Mengulas lanjut Wan Hassan berkata, pihaknya dengan dibantu pelbagai agensi lain kini giat memburu 130 individu yang masih bebas terdiri daripada 99 lelaki dewasa, 21 perempuan dewasa, lima kanak-kanak perempuan dan lima kanak-kanak lelaki.

“Dalam masa sama, usaha memindahkan tahanan yang masih berada di situ serta yang ditahan semula giat dijalankan dalam tempoh 24 jam ini.

“Seramai 144 tahanan akan dipindahkan ke Depot Semenyih di Selangor, 100 ke depot Langkap di Perak, 104 ke Depot Machap Umboo di Melaka dan 100 ke Depot Bukit Jalil di Selangor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI