fbpx

29 Julai keputusan Mawar ketepi penghakiman ingkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mawar

BANGI  – Mahkamah Sesyen Sivil di sini menetapkan 29 Julai ini, bagi keputusan permohonan usahawan Mawar Karim untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran yang telah direkodkan terhadapnya pada 11 Januari 2022 yang lalu tanpa kehadiran beliau sama ada melalui peguam atau pun secara sendiri dalam tindakan tersebut sebelum ini.

Tindakan ini adalah berhubung dengan suatu perjanjian pinjaman persahabatan (friendly loan agreement) berjumlah RM720,000 yang dikatakan telah dimeterai oleh Mawar dan seorang lelaki.

Walaubagaimanapun, Mawar  telah menafikan dakwaan tersebut sewaktu sidang media khas berkenaan tindakan ini yang telah diadakan pada semalam.

Hakim Effandi Nazila Abdullah telah menetapkan tarikh itu dalam satu prosiding dalam kamar yang dihadiri peguam Nik Zarith Nik Moustpha yang mewakili lelaki itu Nabil Mat Jahya selaku plaintif dan peguam Datuk Mohd. Imran Tamrin yang mewakili Mawar selaku defendan.

Sejurus selepas prosiding tamat, peguam bagi kedua-dua belah pihak plaintif dan defendan itu ketika ditemui berkata bahawa pihak-pihak perlu memfailkan afidavit jawapan, afidavit balasan, hujahan bertulis dan hujahan balas masing-masing sebelum tarikh keputusan itu  sepertimana yang telah diarahkan oleh Mahkamah pada hari ini.

“Oleh kerana pihak kami baru dilantik oleh anakguam (Mawar) untuk mewakilinya, kami telah mengemukakan permohonan supaya mahkamah mendengar dan mempertimbangkan antaranya permohonan agar penghakiman ingkar kehadiran bertarikh 11 Januari 2022 yang telah direkodkan tanpa kehadiran Mawar sebelum ini diketepikan,” kata Dato’ Mohd Imran Tamrin.

Walaubagaimanapun dalam prosiding pada hari ini, plaintif dan defendan tidak hadir ke mahkamah dan hanya mewakilkan peguam masing-masing.

Kelmarin Kosmo! Online melaporkan Mohd Imran Tamrin menerusi satu kenyataan mengesahkan anak guamnya itu tidak pernah muflis dan masih boleh menjalankan perniagaan seperti biasa.

Menurut peguam itu, sehingga 18 April 2022 , Mawar masih lagi seorang yang tidak bankrap dan tiada sebarang notis kebankrapan yang telah diserahkan kepada beliau setakat hari ini.

Terdahulu, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim berdepan dengan risiko tindakan pengisytiharan kebankrapan susulan dakwaan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 kepada seorang rakan.

Sebelum ini, pada 13 April lalu, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu tampil mempertahankan diri selepas didakwa menjadi mangsa fitnah seorang individu yang digelar ‘S’ berhubung isu kononnya telah diisytiharkan bankrap selepas melarikan diri daripada membayar hutang.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Mawar, 33, memberitahu telah beberapa kali menjadi mangsa fitnah kepada seorang individu yang digelar sebagai ‘S’ sejak tahun lalu lagi bermula dengan isu sekatan jalan raya, lari daripada hutang dan bankrap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI