fbpx

Tujuh lelaki termasuk peneroka warga emas ditahan berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan kerana berjudi di dalam ladang sawit di Maran.

MARAN – Tujuh lelaki termasuk seorang warga emas berusia 69 tahun bagaikan tidak mempedulikan kemuliaan Ramadan apabila ditahan ketika berjudi di dalam ladang sawit di sempadan Felda Jengka Enam dan Jengka Tujuh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 petang itu, lima lelaki termasuk warga emas yang merupakan peneroka Felda berkenaan didapati sedang leka bermain judi belangkas.

“Hasil pemeriksaan polis merampas perkakasan perjudian iaitu dua buah meja lipat, dua biji dadu belangkas, kain kanvas, seutas tali putih, piring dan mangkuk kecil serta wang tunai berjumlah RM4,358.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 23 April ini untuk siasatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Menurut Norzamri, kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pihak polis akan terus memantau aktiviti perjudian dan penyalahgunaan dadah di daerah ini secara berterusan termasuklah di dalam bulan Ramadan.

“Sehubungan itu polis meminta orang ramai dapat menyalurkan maklumat bagi membantu pihak polis membanteras kegiatan ini,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI