fbpx

TH sasar saiz dana sebanyak RM100 bilion pada 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika merasmikan Pelan HIJRAH24 di Menara TH di ibu negara hari ini.-Foto SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR- Lembaga Tabung Haji (TH) menyasarkan peningkatan saiz dana berjumlah RM100 bilion menjelang tahun 2024 menerusi pelaksanaan Pelan HIJRAH24 Lembaga Tabung Haji 2022-2024 (HIJRAH24) yang dilancarkan tadi.

Sebelum ini, TH menetapkan sasaran saiz dana berjumlah RM86.5 bilion pada 31 Mac lalu.

Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, HIJRAH24 merangkumi 24 inisiatif strategik yang akan dilaksanakan secara bersama oleh warga TH sepanjang tiga tahun berdasarkan lima prinsip utama.

“Antara prinsip itu termasuklah pengurusan haji cemerlang, menjana pulangan dan lebihan aset secara mampan, meningkatkan simpanan yang stabil selain menerapkan prinsip Maqasid Syariah sebagai objektif utama melalui tadbir urus baik.

“Pelan itu dapat mengukuhkan aspek tadbir urus serta kawalan dalaman bagi melindungi TH dan pendeposit selain menguatkan kecekapan operasi serta pulangan keuntungan mampan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pelan HIJRAH24 di Menara TH di sini tadi.

Majlis Perasmian Pelan HIJRAH24 itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain meningkatkan saiz dana berjumlah RM100 bilion, sasaran lain ditetapkan menerusi HIJRAH24 termasuklah meningkatkan jumlah pendeposit meliputi lebih 50 peratus daripada penduduk Islam Malaysia serta meningkatkan pengguna THiJARI melebihi 4 juta pengguna.

Menurut Ismail Sabri, HIJRAH24 merupakan pelan khusus bagi memacu TH selari dengan nilai Keluarga Malaysia yang menerapkan pengkayaan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Saya yakin TH telah mengenal pasti perkhidmatan yang boleh disesuaikan dengan norma baharu dan situasi terkini, selain berdaya tahan dan bersedia untuk menghadapi masa hadapan (future-proof).

“Jadi, kerajaan menaruh keyakinan tinggi terhadap TH dan akan terus memberi sokongan atas usaha dan inisiatif dibangunkan demi kebaikan jemaah dan umat Islam umumnya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI