fbpx

Tahanan lama dalang tindakan merusuh, lari dari depot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Depoh Imigresen Sementara Relau

ALOR SETAR – Tindakan tahanan etnik Rohingya melarikan diri secara beramai-ramai dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu awal pagi tadi disyaki didalangi oleh individu yang telah lama berada di lokasi tersebut.

Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia Kedah, Yusof Ali berkata, tahanan baharu dipercayai tidak terlibat dalam perancangan untuk melarikan diri itu kerana mereka masih baru di situ

“Tidak dinafikan dalam ramai-ramai itu mungkin ada sekelompok individu yang jahat dan telah membuat perancangan untuk melarikan diri.

“Mungkin mereka ini mahu melarikan diri daripada kes mahkamah atau tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap mereka,” katanya di sini hari ini.

Katanya, golongan tersebut perlu ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana tindakan mereka itu turut ‘memerangkap’ golongan wanita serta kanak-kanak.

“Lebih malang apabila ada yang melarikan diri sehingga maut dalam kemalangan jalan raya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI