fbpx

PGA rampas stok pakaian, selipar, beg raya tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian barangan seludup yang dirampas PGA selepas menahan sebuah lori di Pasar Tasek Raja, Pasir Mas semalam. - Foto IHSAN PGA

PASIR MAS – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pakaian, selipar dan beg tiruan bernilai RM208,610 yang dipercayai untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas menahan sebuah lori berhampiran Pasar Tasek Raja di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 7.35 malam, pemandu lori berusia 29 tahun dan kelindan 35 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan berhubung rampasan itu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, pemeriksaan ke atas lori itu telah menjumpai 3,181 helai pakaian berjenama tiruan di bahagian belakang kenderaan tersebut.

Menurutnya, selain itu, PGA turut menemui sebanyak 250 pasang selipar dan tujuh buah beg yang diletakkan di tempat sama.

“Kesemua barang yang dirampas dipercayai diseludup dari Thailand melalui pangkalan haram di daerah ini.

“Siasatan awal mendapati, kesemua barangan ini dipercayai akan diedarkan di beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu sebelum ia dijual kerana mendapat permintaan tinggi semasa Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhari memberitahu, siasatan mendapati, suspek mengaku menerima gaji bulanan sebanyak RM1,800 selain komisen bergantung kepada jumlah kekerapan penghantaran yang dilakukan.

Katanya, kedua-dua suspek dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah di sini dan kes disiasat mengikut Akta Cap Dagang 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI