fbpx

Pesanan Puteri Sarah buat anak sulung undang sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah bersama dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

PETALING JAYA – Pesanan dan doa pelakon Puteri Sarah buat anak sulungnya, Syaikhul Islam agar menjadi insan berguna buat keluarga mengundang sebak ramai pihak.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menitipkan pesanan dan doa tersebut sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang kelima semalam.

“Anak soleh nanti jaga mama okey. Tak lama lagi abang sudah cecah usia yang ke lima tahun. Kita sambut di Madinah okey.

“Sudah besar nanti jangan lupa mama, bawa mama pergi melancong selalu,” tulisnya sambil berkongsi foto kenangan bersama Syaikul.

Rata-rata peminat dan rakan artis turut sebak dan sedih dengan pesanan dan titipan doa pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu lebih-lebih lagi dia kini sedang dihimpit dengan masalah rumah tangga.

“Sungguh setiap ujian yang berat, Allah turunkan buat hamba-hambaNya yang kuat dan hebat @puterisarahliyana.

“Awak kena kuat demi anak-anak. Apapun anak-anak mesti menjadi keutamaan. Semoga Allah permudahkan urusan awak untuk membesarkan amanah yang diberi-Nya ini,” tulis netizen.

Terdahulu, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya yang juga pelakon dan pengarah Syamsul Yusuf dikatakan sedang bergolak hingga menjadi perhatian netizen.

Sebelum ini, Puteri Sarah, 36, mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap dingin.

Syamsul dalam satu kenyataan sebelum ini juga mengakui mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu bercerai.

Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI