fbpx

Peluang Allegri bukti kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS bakal turun menentang Fiorentina awal pagi esok bagi saingan separuh akhir kedua Piala Itali. – TWITTER JUVENTUS

TURIN – Masa depan Ketua Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri bersama gergasi Itali itu dilihat selamat meskipun mengharungi kempen mengecewakan dalam saingan Serie A musim ini.

Bagaimanapun, Allegri, 54, mempunyai satu peluang ter­akhir untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini bagi membuktikan keputusan Juventus melantik­nya semula pada Mei tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau perlu memastikan anak-anak buahnya berjaya melangkah ke pentas final Piala Itali menjelang aksi separuh akhir kedua bertemu Fiorentina di Stadium Juventus awal pagi esok.

“Saya mahu melihat satu reaksi sahaja iaitu pemain perlu ber­aksi dengan bagus untuk meraih kemenangan. Ia bukan perkara mudah setiap kali turun menentang Fiorentina.

“Sasaran utama musim ini adalah berada dalam kelompok empat teratas Serie A. Ia akan menjadi satu bonus sekiranya kami berjaya memenangi pertandingan ini (Piala Itali).

“Saya boleh memahami jika ada kesilapan dilakukan kerana ia adalah normal.

“Namun, saya mahu melihat peningkatan persembahan para pemain berbanding aksi terdahulu,” katanya.

Jika menang, Juventus yang memegang kelebihan satu gol selepas menewaskan Fiorentina 1-0 sewaktu separuh akhir pertama bulan lalu, bakal bertemu Inter Milan atau AC Milan di pentas final pada 11 Mei depan.

Kejayaan menjulang Piala Itali dilihat mampu ‘memujuk’ para penyokong setia Juventus yang kini mendesak agar Allegri dipecat dan digantikan dengan pe­ngurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI