fbpx

PA baru DSV dakwa hanya berlakon, tiada surat perjanjian kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Qusyairi mendedahkan selama ini dia hanya ditugaskan untuk berlakon sebagai PA Datuk Vida dan mengakui tidak lagi melakukan kolaborasi bersama ketika ini.

PETALING JAYA – Pada Februari lalu, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida telah mengumumkan secara rasmi pembantu peribadi (PA) yang baharu dikenali sebagai Abang Qu dengan tawaran gaji sebanyak RM10,000.

Namun, baru-baru ini, tular di media sosial beberapa rakaman yang diambil menerusi siaran langsung Instagram yang dilakukan oleh Abang Qu atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar mendedahkan dirinya hanya berlakon sebagai PA Vida selama ini.

Menerusi sesi siaran langsung tersebut, Qusyairi mengakui bahawa dia tidak lagi berkolabrasi bersama majikannya itu kerana sehingga kini tiada sebarang surat tawaran atau perjanjian kerja diberikan oleh Vida.

“Selepas selesai rakaman muzik video ‘Ku Ikhlaskan’, saya menunggu surat perjanjian kerja kerana ia sangat penting, tapi masih tidak ada.

“Tidaklah saya guna perkataan berhenti, sebab awalnya ditawar untuk kolaborasi, tapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama,” katanya.

Tambah Qusyairi, pada mulanya Vida telah menawarkan peluang untuk melakukan kolaborasi bersama sebagai rakan kerja, namun tidak disangka, akhirnya dia perlu bertugas sebagai PA sebenar walaupun ia hanya lakonan dan arahan semata-mata.

Dalam pada itu, Qusyairi sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar lebih peka dengan sebarang tawaran kerja yang diberikan dan pastikan ia mempunyai perjanjian lengkap sebelum mula bertugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI