fbpx

Orang ramai beratur panjang semata-mata untuk tukar duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar situasi di hadapan Bank Indonesia cawangan Surabaya yang menunjukkan orang ramai beratur bagi menukar duit raya. - Instagram

SURABAYA – Satu rakaman video memaparkan barisan kenderaan beratur panjang di luar Bank Indonesia di sini bagi menunggu giliran untuk menukar wang menjelang Hari Raya Aidilfitri menjadi tular di media sosial, lapor laman berita Suara hari ini.

Situasi yang dirakam itu dimuat naik dalam akaun Instagram @pernakalan dan dipercayai berlaku awal pagi sebelum waktu operasi bank bermula.

Selepas dua tahun tidak menyambut lebaran di kampung halaman disebabkan sekatan perjalanan Covid-19, masyarakat Indonesia kembali teruja untuk pulang dan melaksanakan tradisi seperti memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Video tular itu mendapat pelbagai komen netizen yang kagum dengan kegigihan orang ramai beratur panjang demi menukar duit raya.

“Kenapa perlu susahkan diri, bukankah sekarang boleh gunakan perbankan online?” komen seorang pengguna media sosial.

“Tidak perlu beratur panjang, tukar sahaja wang di stesen minyak,” komen netizen lain. 

Sehingga kini, klip video tersebut sudah menerima lebih 11,000 tanda suka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI