BINTANG kelahiran Akademi Fantasi Indosiar (AFI), Mawar menarik perhatian peminatnya selepas tampil dengan imej baharu berambut pendek.
Penampilan Mawar atau nama lengkapnya Mawar Dhimas Febra Purwanti yang lebih segar itu sekali gus menuai pujian dalam kalangan peminat yang memuji susuknya kelihatan lebih cantik.
Malah, terdapat segelintir peminatnya mengandaikan tindakan penyanyi itu memotong rambut menjadi pendek kerana untuk ‘membuang sial’ selepas melalui episod perceraian dalam rumah tangga.
Bagaimanapun, Mawar menepis dakwaan tersebut dan memberitahu tujuannya memotong rambut pendek kerana lebih mudah dan cepat untuk bersiap.
“Saya memotong rambut menjadi pendek kerana lebih mudah untuk digayakan. Lagi pula rambut pendek tidak memerlukan waktu yang lama untuk bersiap,” katanya.
Selain dipuji dengan imej baharu, terdapat segelintir netizen juga mendakwa penyanyi itu mengalami perubahan wajah apabila hidung kelihatan lebih mancung dan runcing berbanding sebelum ini.